KUALA LUMPUR: Pemilik akaun Twitter Edisi Siasat diminta tampil membuat laporan dan mengemukakan bukti berhubung dakwaannya berlaku perbuatan salah laku, penyelewengan dan rasuah membabitkan beberapa menteri serta bekas menteri dan pegawai tertinggi badan penguatkuasa negara.
Ketua Polis Negara Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, pengendali akaun itu perlu membuktikan dakwaan berkenaan, dan tidak hanya berkongsi di laman sosial mengenainya tanpa bukti jelas.
Beliau berkata setakat ini 13 kertas siasatan telah dibuka dan hampir kesemua individu termasuk pegawai kanan polis yang didakwa oleh pemilik Twitter itu terlibat dengan salah laku, sudah diambil keterangan.
"Kertas siasatan dibuka susulan laporan pegawai kanan yang didakwa (oleh pemilik akaun twitter berkenaan) melakukan salah laku itu, dan hampir kesemua mereka (pegawai) telah diambil keterangan, selebihnya akan dirakam percakapan untuk membantu siasatan.
"Selepas merakam percakapan, kita akan lihat sejauh mana kebenaran dakwaan itu," katanya selepas Majlis Penyerahan dua kenderaan tempur kepada Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP) di Markas PSP Cheras di sini, hari ini.
Baru-baru ini tular di media sosial mengenai pendedahan pemilik akaun Twitter berkenaan yang mendakwa segelintir pegawai kanan polis dipercayai terlibat masalah salah laku, selain mendakwa pengurusan tertinggi sebuah badan pencegahan rasuah melindungi sindiket jenayah dan terlibat dengan rasuah.
Acryl Sani berkata dakwaan melibatkan Polis Diraja Malaysia diserahkan kepada Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Bukit Aman, untuk disemak kebenarannya.
Sementara itu mengulas mengenai majlis penyerahan kenderaan tempur kepada PSP, Acryl Sani berkata dua kenderaan tempur bernilai kira-kira RM2 juta itu adalah untuk kegunaan Unit 1 dan Unit 4 PSP Kuala Lumpur.
Beliau berkata kenderaan berkenaan dilengkapi dengan peralatan tempur serta mampu memuatkan 15 orang selain dapat bergerak pantas dalam satu-satu masa.
"Sehingga kini PSP mempunyai 29 buah kenderaan command vehicle dengan 21 sahaja yang boleh beroperasi dan proses penggantian akan dilakukan secara berterusan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 09 2021
Setakat ini 13 kertas siasatan telah dibuka dan hampir kesemua individu termasuk pegawai kanan polis yang didakwa oleh pemilik Twitter itu terlibat dengan salah laku, sudah diambil keterangan. - Gambar hiasan
PRK Kuala Kubu Baharu: PH amal politik matang kempen dekati pengundi - Saifuddin
Pakatan Harapan (PH) sentiasa mengamalkan budaya politik matang dalam mendekati pengundi pada kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB).
240 pasukan berentap dalam pertandingan scrabble antarabangsa (ASCI)
ASCI yang merupakan salah satu pertandingan scrabble tertua di malaysia akan turut disertai oleh peserta luar negara antaranya New Zealand, Australia, Indonesia, Hong Kong dan Singapura.
282 jemaah haji Malaysia selamat tiba di Madinah
Seramai 282 jemaah haji yang menaiki penerbangan pertama (KT1) dari Malaysia, selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Putera Mohammad Bin Abdulaziz, di Madinah hari ini.
Liga Super: Usah terburu-buru kejar sasaran - Kim Swee
Ketua Jurulatih Sabah FC Datuk Ong Kim Swee enggan anak buahnya terburu-buru dan mengejar sasaran tidak realistik pada awal fasa Liga Super musim ini.
[TERKINI] JIWA: Garis Panduan Penggunaan AI
Lakaran Sejarah terbaharu dilakar Astro AWANI sekali lagi, apabila berjaya melancarkan JIWA: sebuah Garis Panduan Penggunaan AI dalam pelaporan berita di dalam program meja bulat di Kuala Lumpur hari ini.
AWANI Ringkas: Sultan Selangor kecewa dengan MFL
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Lembu berkeliaran, PBT laksana tangkapan secara agresif
Semua PBT di Negeri Sembilan diarahkan melaksanakan tangkapan lembu secara lebih agresif bagi mengelakkan kemalangan jalan disebabkan binatang ternakan berkenaan.
Bertongkat akibat kanser tulang tidak luntur semangat guru tahfiz tunai haji
Azaha Ahmad hidap kanser tulang sejak berusia 25 tahun dan kaki kirinya terpaksa dipotong sehingga paras lutut.
Kerajaan Johor kaji kadar baharu gaji penjawat awam
Penentuan kadar baharu itu akan dibuat berdasarkan kedudukan kewangan kerajaan negeri.
Sidang meja bulat Astro AWANI satukan pemain industri, memacu kewartawanan AI
Astro AWANI sekali lagi ke hadapan sebagai platform perantara isu yang paling kerap didebatkan dalam masyarakat terutamanya mengenai teknologi kecerdasan buatan (AI).
Kes pemerasan: Dua lagi polis berpangkat Inspektor, Sarjan ditahan - KPN
Dua lagi polis berpangkat Inspektor dan Sarjan ditahan kerana disyaki terlibat dalam kes pemerasan berjumlah RM1.25 juta.
Tiga pegawai polis berpangkat ACP, DSP, Inspektor disyaki terlibat pemerasan ditahan
Tiga pegawai kanan polis berpangkat Asisten Komisoner, Deputi Superitendan dan Inspektor yang disyaki terlibat dalam kes pemerasan berjumlah RM1.25 juta ditahan pada Jumaat.
Ketua Polis Negara sahkan Papagomo ditahan
Beliau berkata Wan Muhammad Azri ditahan di rumahnya di Setapak tengah hari tadi.
Letupan bom Sungai Golok: PDRM tingkat kawalan keselamatan sempadan Malaysia-Thailand
PDRM mempertingkatkan kawalan keselamatan di sempadan Malaysia-Thailand susulan insiden letupan bom dan bunyi tembakan di Sungai Golok.
Sultan Pahang zahir ucapan takziah kepada keluarga Tun Hanif Omar
Turut menzahirkan ucapan takziah ialah Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Sultan Selangor zahir ucapan takziah kepada keluarga Tun Hanif Omar
Turut menzahirkan ucapan takziah ialah Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin.
Allahyarham Tun Hanif Omar legenda PDRM - Razarudin
Tan Sri Razarudin Husain menyifatkan Allahyarham Tun Mohammed Hanif Omar sebagai legenda besar dalam bidang kepolisan negara.
Tun Hanif Omar lakar sejarah Ketua Polis Negara paling lama, termuda
Allahyarham dilantik memegang jawatan Ketua Polis Negara keempat pada usia 35 tahun bermula 8 Jun 1974.
Bekas Ketua Polis Negara Tun Hanif Omar meninggal dunia
Allahyarham difahamkan menghembuskan nafas terakhir pada jam 2.15 pagi tadi.
Suspek kes tembak KLIA, direman esok di Kelantan - Bukit Aman
Suspek yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, awal pagi semalam, akan direman esok di Mahkamah Kota Bharu.